SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN NYALAS

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Nyalas terbina atas kesedaran dikalangan penduduk Kampung Nyalas, maka terbinalah sebuah sekolah yang dipanggil Sekolah Melayu Nyalas pada tahun 1883. Sekolah ini dibina di atas sekeping tanah seluas kira-kira ¾ ekar, hadiah daripada Encik Abdul Wahab. Bangunan ini dibuat daripada kayu dan beratapkan rumbia. Bentuknya selanjar memanjang, dan boleh menampung lebih kurang 40 orang murid. Pada tahun 1921, bangunan ini telah dirobohkan dan digantikan dengan sebuah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu keras dan beratap genting. Bangunan ini boleh menampung 90 orang murid. Bermula tahun-tahun yang berikutnya,banyak perubahan yang telah dijalankan untuk memperbesarkan sekolah ini.

Pada tahun 1968, Persatuan Ibubapa dan Guru pula ditubuhkan untuk meneruskan peranan yang aktif bagi perkembangan dan kemajuan pendidikan. Kebanyakan bangunan yang ada masih lagi dikekalkan kecuali bangunan pada 1921 dan 1931 telah dirobohkan pada tahun 1994 dan 1997 dan digantikan dengan sebuah bangunan baru yang mengandungi 2 bilik darjah dan sebuah bangunan 3 tingkat pada 1998 yang mengandungi 5 bilik darjah, 1 pejabat,1 makmal sains, bilik Kemahiran Hidup, Bilik Tayangan, Perpustakaan, Bilik Rehat Guru, bilik SPBT serta tandas guru dan murid.

Pada tahun 1995 tiga blok bangunan telah di bina untuk dijadikan Asrama Desa bagi menampung pertambahan pelajar. Blok-blok tersebut adalah blok asrama lelaki, blok asrama perempuan dan kantin asrama yang boleh menampung seramai 100 orang murid.Asrama Desa ini mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 1996 dan Sekolah Kebangsaan Nyalas adalah sekolah rendah mempunyai Asrama Desa di Negeri Melaka Negeri Bersejarah ini.



SEJARAH PERKHIDMATAN GURU BESAR SEK. KEB. NYALAS

NAMA GURU BESAR
TAHUN
  1. EN SULAIMAN BIN AB.HADI                                    
1885-1908
  1. EN ABDULLAH BIN KAMAT                                         
1908-1919
  1. TN.HJ MD YUSUF BIN AB.RAHMAN                        
1920-1923
  1. TN.HJ MD NOR BIN HJ ABD LATIF                           
1924-1931
  1. EN. AHMAD BIN OTHMAN                                  
1/5/31- 17/2/33
  1. EN. AB GHANI BIN AHMAD                             
18/2/33-26/1/35
  1. TN. HJ LONG BIN TAHA                                     
27/1/35-7/1/38
  1. EN. MD AMIN BIN JADIN                 
8/1/38-25/1/39
  1. EN. HASHIM BIN MUHARAM                                    
1939-1942
  1. TN.HJ AHMAD BIN HJ NOOR                                  
1942-1944
  1. EN. HASHIM BIN MUHARAM                                     
1944-1947
  1. EN. MANSOR BIN TALIB                                            
1947-1951
  1. EN. HAMZAH BIN PIO                                              
1951-1959
  1. TN.HJ HASHIM BIN HASAN                               
1960-30/4/1969
  1. TN.HJ HAMZAH BIN SAID                          
1/5/1969-31/7/1974
  1. TN.HJ OMAR BIN ABDUL                            
1/2/1974-31/3/1979
  1. TN HJ MD JANI BIN HJ NAPAL (PEMANGKU GB)
1/4/1979-31/12/1979
  1. EN MOHAMAD BIN HJ.KECHIK                  
1/1/1980-31/7/1982
  1. EN MD.HAD BIN KAHAR (PEMANGKU GB)              
1/8/1982-16/2/83
  1. EN WAHID BIN HJ.AHMAD                              
17/2/83-16/1/86
  1. EN MD NOR BIN ABU                                         
16/1/86-1988
  1. EN ABU TALIB BIN HJ ABU SHAH                       
1/2/88-1989
  1. EN MAT SARI BIN HJ WADIAN                             
1989-1995
  1. TN HJ AB SAHAK BIN MANAS                              
1995-2000
  1. EN ABU BAKAR BIN HJ TAMAM                            
JAN 2001-DIS 2001
  1. PN HJH ZALIFAH BTE ISMAIL (PEMANGKU GB)                  
JAN 2002-DIS 2002
  1. EN KAMAL BIN HJ ABDULLAH                                 
2003-2008
  1. PN HJH.ASIAH BINTI HJ AHMAD                             
2008- JUN 2015
  1. EN. NIZAM BIN  AZIZ
NOV 2015 – 31/7/2017
  1. EN. IMRAN BIN LAMIN@RAMLAN
1/8/2017 - KINI